Yasmin menyebut bahawa ibu-ibu sering berasa bersalah kerana berasa ‘selfish’.
Perasaan bersalah sebegini, tidak semestinya tepat. Ketika para ibu berasa
bersalah kerana melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri, maka, ketika
inilah rasa bersalah ini tidak patut.
Apabila ibu memusatkan keutamaan terhadap anak-anak,
maka, ibu sedang membina asas keluarga yang merobohkan keluarga tersebut.
Asas sesebuah keluarga bukanlah anak-anak.
Asas sebuah keluarga adalah perkahwinan.
Ya,
perkahwinan di antara ibu dan bapa, atau suami dan isteri yang menjadi pemula
kepada sesebuah keluarga.
Suami dan isteri bukanlah co-parent terhadap satu sama
lain, tetapi suami dan isteri adalah pasangan terhadap satu sama lain di dalam
rumah tangga melalui pernikahan yang dijalin.
Yasmin menegaskan agar para isteri tidak meremehkan
suami apabila menimang cahaya mata kerana perkara ini boleh menimbulkan masalah
di kemudian hari. Setiap permasalahan yang berlaku di dalam sesebuah
perkahwinan mempunyai punca-akar, ujarnya lagi.
Apa yang terjadi terhadap sesebuah rumahtangga yang
porak peranda adalah kerana pasangan suami isteri telah menyemai benih yang
salah dalam tempoh masa yang lama.
Dan salah satu daripada punca-punca tersebut
adalah apabila hubungan antara suami dan isteri diremehkan oleh kerana kesibukan
membesarkan dan memberi tumpuan terhadap anak-anak.
Benarlah seperti yang Yasmin sebutkan sebelum itu bahawa
semua pemberian Tuhan adalah hadiah, dan hadiah-hadiah dari Tuhan juga
merupakan ujian.
Anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang sangat bermakna,
tetapi mereka juga merupakan ujian Tuhan yang mencabar.
Saya mengoreksi diri dan keluarga, adakah kami telah
membina batu asas yang kukuh, atau sebaliknya?
No comments:
Post a Comment