Thursday, April 4, 2019

BAB 5 : Artikel 10

...

BAB 5 : Artikel 9

....

BAB 5 : Artikel 8

...

BAB 5 : Artikel 7

...

BAB 5 : Artikel 6

...

BAB 5 : Artikel 5

...

BAB 5 : Artikel 4

....

BAB 5 : Artikel 3

....

BAB 5 : Artikel 2

...

BAB 5 : Artikel 2

....

BAB 5 : Tua Yang Merubah Segalanya

Makin kita meningkat usia, makin kita kurang kagum terhadap pencapaian atau kehebatan orang lain.

Bukan kerana iri atau hasad, tapi kerana pencapaian dan kehebatan duniawi itu makin kurang signifikan di mata dan di jiwa.
Melihat kedutan yang semakin banyak di dahi sendiri, menjadikan kita mulai tersedar bahawa kaki kita makin laju berlari ke garisan penamat meninggalkan semua yang duniawi.
Kecantikan turut berubah maknanya bagi kita yang semakin menghampiri senja.


Signifikan yang menambat jiwa kita mulai merubah, maka signifikan yang difokuskan oleh mata kita juga ikut berubah.



BAB 4 : Artikel 10

....

BAB 4 : Artikel 9

....

BAB 4 : Artikel 8

...

BAB 4 : Artikel 7

....

BAB 4 : Abah, Hero Jiwa Sang Puteri

Abah, seorang lelaki yang berperibadi strong-willed. Abah sangat pemberani dan saya kira saya adalah salah seorang daripada sembilan orang anaknya yang menyerap banyak aura abah dari segi kelantangan berkata-kata.
Sejak mula mengenali wajah abah, Abah, sentiasa hero di mata saya kerana sifat penyayang abah yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Walaupun susah, abah sentiasa berusaha untuk menuruti kemahuan saya walaupun dibebel emak. Itulah abah, yang sentiasa membuatkan saya teringat-ingat apabila saya berjauhan. Sehinggakan ketika saya masih belum berumahtangga, saya terfikir, adakah saya akan dimanjakan oleh suami seperti mana abah memanjakan saya?
Abah bukanlah jenis lelaki romantis lemah lembut yang membelai atau menunjukkan kasih sayang dengan kelembutan. Abah seorang lelaki ekspresif yang sensitif jiwanya, justeru, abah nampak mudah marah sekiranya emosinya tersentuh. Namun, abah seingat saya masih memeluk dan mencium saya sehingga saya darjah enam. Saya masih tidur di bawah ketiak abah sehinggalah saya darjah satu.

Ketika umur saya sebelas tahun, abah jatuh sakit, ketika itulah rupanya, kehidupan kami diuji hebat.
Ketika saat itu, saya tidak memahami akan kekusutan yang dialami.
Yang saya tahu hanyalah dunia seorang kanak-kanak di kampung yang telah terpilih untuk masuk di asrama. Saya tidak pernah melihat menunjukkan kebimbangan di hadapan saya atau adik-adik.
Abah, terlantar di tilam oleh kerana masalah paru-paru. Abah seorang perokok tegar waktu itu.
Emak begitu setia menjaga abah yang tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja.
Saya masih ingat, ketika hari Jumaat terakhir sebelum cuti panjang sekolah, saya menunggu abah di asrama, sehingga hari mulai gelap, abah tidak kunjung tiba.
Seorang rakan seasrama yang kebetulan rumahnya berdekatan dengan asrama telah menjemput saya untuk singgah di rumahnya kerana hari mulai gelap.

BAB 4 : Emak, Sosok Penting Pengukuh Peribadi

Kedaifan hidup di kampung menyebabkan beberapa kali abah membawa kami anak-beranak berhijrah tempat tinggal demi menambahbaik kehidupan kami. Seingat saya, dalam tempoh 13 tahun awal hidup saya, saya telah berpindah randah sebanyak 7 kali. Dalam tempoh 10 tahun umur saya, saya telah sekurang-kurangnya berpindah 2 atau 3 kali di rumah-rumah sekitar rumah tokwan di kampung. Manakala, kami telah berpindah sebanyak 4 kali lagi dalam tempoh 3 tahun berikutnya.
Mengapa kami berpindah randah? Seingat saya, adalah kerana ketidaktentuan taraf hidup ketika itu.

Hingga akhirnya, saya membeli rumah untuk didiami keluarga pada tahun 2004, inilah perpindahan terakhir yang dilakukan oleh kami sekeluarga.


Apabila saya fikirkan kembali, betapa cekalnya jiwa emak sebagai seorang isteri dan ibu yang beranak ramai waktu itu menghadapi segala cabaran hidup yang sangat susah dan payah. Tetapi, satu perkara tentang emak adalah, emak tidak pernah mengajar saya dan adik-adik untuk berasa pathetic atau berperasaan seperti mangsa kepada keadaan hidup yang susah atau self-victim. 

Inilah satu perkara yang saya kagum tentang emak. 

Emak tidak pernah merungut-rungut susah di depan saya dan adik-adik. 

Berbeza dengan abah yang lebih ekspresif, emak lebih reserved dari segi meluahkan kebimbangan atau kesusahan.

Apa yang saya pelajari dari sikap emak terhadap kehidupan adalah kesusahan atau kemiskinan hidup tidak akan pernah merendahkan nilai, maruah diri dan intelek seseorang.

Emak adalah seorang wanita yang tidak terkebelakang dari segi akademik. 

Emak dahulu bersekolah di sekolah Inggeris. Keputusan MCE emak juga agak memberangsangkan dan dikhabarkan kepada saya bahawa, pada zaman itu, dengan keputusan MCE emak, emak boleh pergi jauh dalam melanjutkan pelajaran. Namun, jodoh emak sampai awal, dan emak berkahwin dengan abah beberapa bulan selepas mengambil MCE dan ditakdirkan hamil awal sejurus bernikah. 

Emak mengambil keputusan MCE dengan mengusung saya di dalam perutnya.







BAB 4 : Kampung Halaman, Acuan Pemikiran


Saya dilahirkan di Melaka. Melaka merupakan kampung emak. Abah dan mak bertemu jodoh di sini. Abah bekerja di Melaka dan ianya menjadi titik perkenalan antara abah dan mak.

Walaupun begitu, sehinggalah sekarang, saya tidak pernah merasakan bahawa saya adalah orang Melaka. Darah utara saya sangat pekat.

Ini adalah kerana saya dibesarkan di sebuah kampung di utara Perak. Abah membawa saya dan mak pulang dan berpindah kekal di kampung abah di utara Perak ketika saya masih bayi. Kampung ini merupakan satu kampung yang pada ketika itu agak terpencil. Saya pernah merasai pengalaman hidup tanpa bekalan air dan elektrik di situ. Pengalaman menggunakan lampu gasolin bagi menerangi gelap malam, mandi dan mencuci pakaian di sungai adalah satu fasa kehidupan yang telah saya rasai ketika zaman kanak-kanak dahulu. Saya bukan datang dari keluarga yang senang dari segi kewangan dan material.

Kehidupan di kampung bagi saya ketika itu sangat menyeronokkan. Mungkin kerana ketidakmatangan dan kedangkala horizon  pemikiran seorang kanak-kanak, menyebabkan saya tidak terperasan himpitan hidup kami sekeluarga yang miskin dan serba kekurangan. Apa yang saya ingat adalah memori berkawan-kawan dengan rakan-rakan sekampung.

Memori mandi-manda di sungai, bermain biji getah kering di ladang getah, memanjat pokok, bermain pondok-pondok dan masak-masak, bermain aci ligan dan segala permainan tradisional yang telah saya dan kawan-kawan terokai. Memori bermain tangkap belalang, kumbang kecil seperti ladybird, menangkap kunang-kunang di malam hari adalah antara memori yang terpahat di hati saya apabila saya terkenangkan kehidupan di kampung.

Ianya satu zaman yang sangat menggembirakan, kerana saya tidak pernah terfikirkan sebarang masalah atau perkara-perkara yang membelenggu akal fikiran walaupun saya ketika itu sedar bahawa saya datang dari keluarga yang miskin dan tidak mampu memiliki serba serbi hatta sebuah peti televisyen, apatah lagi sebuah peti ais. Seterika elektrik pun tidak kami punyai untuk digunakan bagi membuang kedutan di pakaian sekolah. Bagi saya, itu bukan hal yang besar sama sekali.

Saya dan adik-adik terpaksa menumpang rumah jiran-jiran untuk menonton televisyen sehingga adakalanya disuruh pulang oleh jiran memandangkan terlalu lama melepak di rumah mereka. 

Walaupun emak dan abah melarang saya dan adik-adik daripada bertandang ke rumah jiran untuk menonton tv, namun, semangat kanak-kanak yang teruja dan sangat mahu menonton kartun dan rancangan adiwira Jepun yang sangat popular pada masa itu seperti Gaban dan Satria Waja Hitam, menyebabkan kami adik beradik tekad menumpang rumah jiran-jiran untuk menonton tv, membuang rasa malu dan segan kepada jiran tetangga, entahkan merimaskan mereka sahaja gelagat kami, tidak kami endah.

Walaupun kehidupan bekeluarga yang sangat daif dari segi ekonomi dan material, saya ditakdirkan Tuhan menjadi champion dari segi akademik di sekolah rendah. Saya mula membaca ketika umur lima tahun, satu kemahiran yang jarang-jarang dimiliki ketika awal 80an di dalam sebuah kampung terpencil.

Dengan izin Tuhan, melalui inisiatif emak menggunakan kotak-kotak kertas yang digunapakai, emak menggunakan kreativitinya untuk membuat alat bantu mengajar khas dalam keadaan serba kekurangan untuk mengajar saya membaca. Kami tiada kemampuan untuk membeli peralatan atau bahan pengajaran, namun, emaklah yang berusaha dalam memastikan saya pandai membaca di usia 5 tahun.

Dan seawal lima tahun, saya menghiburkan hati sendiri dengan segala jenis bahan bacaan yang berada di rumah saya dan rumah tokwan yang terletak berhampiran rumah kami. Habis segala jenis suratkhabar lama, majalah lama saya belek dan baca. Hidup tanpa TV menjadikan saya tercari-cari jalan untuk bermain dan menghiburkan jiwa kanak-kanak yang fitrahnya sentiasa mahu bergembira. Maka, selain daripada bermain dengan kawan-kawan sekampung di sungai dan di sebalik rimbunan pokok, bahan bacaan merupakan satu hiburan yang paling saya sukai.

Kasih-sayang dan perhatian yang saya perolehi daripada ahli keluarga juga melimpah ruah. Rumah kami yang hanya bersebelahan dengan rumah tokwan menjadikan saya kerap ke rumah tokwan dan bermanja dengan tokwan, opah dan ibu-ibu saudara saya. Saya memang rapat dengan kedua-dua ibu saudara saya yang merupakan adik kepada abah. Selain mak dan abah, tokwan, opah dan ibu-ibu saudara merupakan figura dewasa yang penting yang mencorakkan pemikiran dan world-view saya.

Ketika darjah 1 sehinggalah darjah 4, saya sentiasa mendapat top 4. Kemudian, ketika darjah lima saya terpilih untuk memasuki sekolah rendah berasrama khas untuk pelajar cemerlang akademik di daerah tempat tinggal kami di mana pelajar-pelajar darjah lima dan enam dimasukkan ke kelas khas di satu sekolah di Batu Kurau.

Saya begitu teruja untuk masuk asrama walaupun diri baru darjah lima. Saya telah lama berangan untuk memiliki katil sendiri, almari baju sendiri, beberapa keinginan meluap seorang kanak-kanak yang tidak pernah merasai pengalaman mempunyai katil dan bilik tidur sendiri atau almari baju sendiri oleh kerana kemiskinan hidup. Maka, peluang tinggal di asrama sangat mengujakan!



BAB 4 : Jodoh Yang Disegerakan

Seminggu selepas ditemukan buat pertama kalinya oleh bapa saudara, lelaki itu terus menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya.. Hati saya pula mudah menerima lamaran itu.  Saya sendiri tidak pasti mengapa begitu lembut hati saya menerima jejaka itu. Walhal pada ketika itu, saya bekerja di Kuala Lumpur dan lelaki itu bekerja di Melaka. Tidak terfikir pula segala risiko dan cabaran yang akan kami lalui selepas bernikah dengan keadaan tempat kerja yang agak jauh dari satu sama lain. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala perancangannya.

Allah jualah yang menitipkan rasa suka saya kepada lelaki itu.

Lelaki tersebut menyatakan dengan jelas bahawa, dia tidak mahu hubungan saya dan dia hanya sekadar berkawan-kawan kerana itu adalah membuang masa dan tidak dituntut agama dan dia serius untuk memperisterikan saya. Katanya, dia mahu masuk meminang dalam kadar segera dan tempoh bertunang yang dicadangkan adalah maksima enam bulan.

Menjawab lamarannya, saya katakan padanya agar dia terus berjumpa ibu bapa saya dan meminta izin. Seminggu kemudiannya, dia bersama bapa saudara, tanpa kehadiran saya, menuju ke rumah ibu bapa saya di utara tanahair dan menyatakan hasratnya kepada kedua ibu bapa saya.

Abah dan mak, turut lembut hati menerima lamaran tersebut dan majlis pertunangan berlaku kira-kira sebulan selepas dia pertama kali bertemu ibu bapa saya.

Proses jodoh saya dan suami, seawal dipertemukan kali pertama, kemudian ditunangkan dan akhirnya dinikahkan, seolah sangat ekspres dan berlangsung mudah. Bukan tidak ada cabaran, bahkan, banyak cabarannya kerana saya dan bakal suami masing-masing belum cukup kukuh dari segi kewangannya, namun, ada jalan yang memudahkan kami melangsungkan juga majlis pernikahan dan majlis kenduri di kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.

Seingat saya, baju pada majlis pertunangan yang saya pakai adalah kain pasang bewarna putih yang saya beli berharga RM40 dan dijahit oleh ibu saudara saya. Dan baju itulah juga yang saya sarung pada majlis pernikahan kami. Saya memang sangat mempunyai kekangan bajet, maka mesti berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan majlis perkahwinan saya. Segala perkara yang bersifat aksesori dan sampingan, saya abaikan.
Sebagai anak sulung sembilan beradik yang memiliki empat orang adik perempuan, saya tekad untuk menunjukkan contoh yang baik dan menjadi benchmark terhadap adik-adik saya agar mengikuti jejak langkah saya dalam mendirikan rumahtangga kelak. Saya pasakkan dalam hati bahawasanya, majlis akad nikah, majlis kenduri kahwin saya mesti patuh-syariah dan tidak bermewah-mewah dan benchmark ini harus diikuti oleh semua adik-adik saya apabila melihat kakak sulung mereka menunjukkan contoh sebegitu.

Pada majlis akad nikah, saya menata rias wajah saya sendiri dengan alatan mekap yang saya beli sendiri daripada Avon, tanpa sebarang kemahiran menyolek. Hinggakan pada majlis kenduri, mujurlah kakak sepupu saya datang sebagai bidan terjun untuk menyolek wajah saya. Atau tak, saya sendirilah yang akan menyolek wajah saya tanpa sebarang sentuhan bagi solekan pengantin. Segalanya ringkas dan saya tidak begitu mengambil berat tentang perkara-perkara seperti solekan dan hiasan pada majlis perkahwinan. Tiada sebarang pelamin yang saya sediakan di rumah saya kerana saya memang tidak mahu bersanding di atas pelamin kerana saya begitu malu untuk berbuat demikian.

Maka, dengan mengabaikan aspek aksesori, saya dapat mengurangkan perbelanjaan majlis kenduri kahwin di rumah saya itu.

Walau bagaimanapun, majlis kenduri saya tetap meriah dengan kehadiran ramai jiran tetangga dan sanak saudara. Alhamdulillah. Ada orang baik hati menyumbangkan seekor lembu bagi kenduri itu, maka, dua ekor lembu yang dijadikan menu untuk jamuan kenduri saya tersebut.

Lima dulang hantaran pengantin lelaki kami balas dengan berbelas-belas dulang oleh kerana begitu banyaknya barangan hantaran berupa makanan yang dihadiahkan oleh rakan-rakan mak dan abah serta jiran tetangga kami. Begitulah budaya di kawasan perumahan saya  ketika itu. Mereka berbesar hati untuk menghadiahkan barangan makanan seperti kuih muih yang dibentuk istimewa untuk dijadikan sebagai hantaran.

Walhal, saya sangat last minute ketika menyiapkan hantaran. Saya tidak punyai banyak masa untuk menguruskan majlis perkahwinan yang diadakan di rumah mak abah di Utara kerana saya bekerja di Kuala Lumpur dan hanya pulang bercuti untuk majlis kenduri tiga hari sebelum majlis!

Sebagai anak sulung, saya tidak mempunyai adik beradik lebih tua untuk membantu saya. Adik-adik saya rata-ratanya masih bersekolah dan belum cukup matang untuk membantu tugasan serius seperti majlis perkahwinan, fikir saya ketika itu.

Apabila difikirkan kembali, begitu banyaknya cabaran ketika kami membuat persediaan untuk melaksana majlis perkahwinan terutama dari segi kekangan kewangan. Berjumpa pertama kali pada 1 Mei, bertunang pada 11 Jun dan dinikahkan pada 17 Disember. Semuanya pada tahun yang sama.

Jodoh yang disegerakan. Siapalah lagi yang boleh memudahkan segala urusan jika tidak Tuhan?


BAB 3 : Artikel 10

...

BAB 3 : Artikel 9

....

BAB 3 : Artikel 8

...

BAB 3 : Artikel 7

....

BAB 3 : Artikel 6

....

BAB 3 : Artikel 5

....

BAB 3 : Artikel 4

.....

BAB 3 : Memilih Kawan, Bukan Beerti Menyombong

Pejam mata, dan tarik nafas sedalamnya dan hembus nafas sehabisnya.

Kemudian, buka mata semula.

Renung dan tenung, siapakah di sekeliling kita?

Siapakah yang selalu kita luangkan masa bersama?

Bahan bacaan apakah yang kita selalu baca?

Jika di FB, apa yang selalu lalu lintas di news feed kita?

Jika menonton TV, rancangan apakah yang selalu kita hadap?
.
.
.

Elak diri dari kelompok tidak baik adalah untuk mencegah diri dari ternormalisasi.

Elak untuk cegah dari menjadi serupa.



Rujukan:
Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist
Banyak terdedah kpd kekasaran dan kebiadapan, membawa kpd kita sendiri menjadi kasar dan biadap. Sbb itu agaknya kita mendapati semakin banyak kekasaran dan kebiadapan dlm status2 dan komentar2 di media sosial.
Apabila ia semakin merebak, mungkin kita yg melabel org lain sbg biadap dan kurang ajar tapi bahasa kita sendiri terang2an sangat biadap malah lebih biadap drp org yg kita kritik.
Apabila menjadi semakin teruk, kdg2 yg dikatakan biadab dan kurang ajar oleh kita itu kdg2 hanya interpretasi kita semata2, padahal pihak lain itu hanya mengkritik perkara yg kita terlebih sensitif/bias shj.
Kita perlu kurang dedahkan diri dgn kata2/tulisan kasar di media sosial utk mengelakkan kita sendiri menjadi kasar. Latihlah diri menegur secara berhemah, atau diam, atau "hide", "unfriend", "leave", "unfollow", dan "unlike" sumber2 tersebut.
Facebook page "Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist" sangat menjaga dari segi gaya bahasa di ruangan komen utk mengelak tersebarnya budaya kekasaran dan kebiadapan di kalangan pembaca2 lain di samping menjaga kesejahteraan psikologi pembaca secara umum.
---
“When it comes to incivility, there’s often a snowballing effect. The more you see rudeness, the more likely you are to perceive it from others and the more likely you are to be rude yourself to others,” he said.
P.S. Sumber: Washington Post - Rujuk ruangan komen untuk artikel penuh.

BAB 2 : Artikel 10

....

BAB 2 : Artikel 9

...

BAB 2 : Artikel 8

...

BAB 2 : Artikel 7

.....

BAB 2 : MANA MILIK AKU?

Apabila aku menyatakan bahawa cita-cita dan impianku untuk memiliki rumah sendiri telah ku tidak jadikan lagi sebagai satu fokus atau tujuan aku bekerja, tidak sedikit orang yang melopong sehingga buntang-buntang mata. Lantas, aku tidak lagi berkongsi akan hal ini dengan sesiapa. Hatta dengan pasangan hidup sekalipun, ianya boleh menjadi satu subjek perdebatan yang akhirnya akan menjadi satu medan hasutan syaitan untuk bertelingkah.
Siapa yang tidak mahu memiliki kediaman sendiri?
Namun, apakah itu tujuan utama hidup di dunia?
Memilik kediaman sendiri, kerana tidak mahu selamanya menyewa?
Panjang untuk ku bahaskan.
Aku tidak sesekali anti kepada pemilikan rumah. Aku tidak anti membeli-rumah.
Yang aku tidak suka adalah apabila menghambakan selambak wang pendapatan untuk membayar ansuran rumah sehingga seolah-olah, pemilikan ke atas rumah itu adalah sesuatu yang menjadi fokus kepada semua individu walaupun individu itu tidak mampu.

Bukannya aku tidak mempunyai rumah atas namaku sendiri.
Aku telah membeli rumah pada tahun 2004 di kampung untuk didiami oleh ibu bapa dan adik-adikku, dan aku masih membayar ansuran rumah ini untuk beberapa tahun lagi dan alhamdulillah, ansuran bulanan ini masih di dalam kemampuanku dan baki gaji selepas membayar ansuran masih membolehkanku menggunakan wang untuk perbelanjaan lain yang lebih utama dalam memaknakan hidup.

Aku telah melihat beberapa siri kematian yang mana, si mati mempunyai harta, property dan rumah yang melebihi satu dan akhirnya, tiada satu pun yang bisa dibawa masuk ke dalam liang lahad hatta simen dan batu-bata dari setiap rumah dan berekar-ekar tanah yang dimilikinya. Apabila dikuburan, hanya tanah di kuburan yang digunakan untuk menimbus jasad.

Apabila aku tidak teringin untuk memohon jawatan tetap di tempat kerjaku yang merupakan satu Badan Berkanun, ramai yang mengatakan aku tersilap mencatur laluan kerjayaku.
Apabila bekerja di agensi kerajaan, lumrahnya, setiap pekerja mahukan status jawatan tetap kerana mahukan security dan pencen serta apabila bersara layak mendapat golden hand shake yang boleh terjumlah sehingga berpuluh ribu, bahkan jika jawatan tinggi, boleh mencecah enam angka.

Apa yang tidak faham adalah apa yang aku cuba elakkan adalah daripada berasa terlalu terikat dengan organisasi dan jawatan tetap itu sehingga berasa terlalu selesa dan terlebih yakin bahawa pekerjaan itu menjamin hidupnya dan hari tuanya.
Dan aku seringkali melihat perangai tidak baik sebilangan pekerja jawatan tetap yang merasakan diri mereka selamat bekerja tanpa diambil tindakan serius sekiranya mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang bagi mereka tidak besar, tetapi masih dikategorikan sebagai kesalahan.

Perasaan tidak pasti dan berasa tidak selesa itu lebih membahagiakan aku kerana dari situ ia mendidik aku agar sentiasa menyandarkan harapanku kepada Tuhan. Kerana aku tahu bahawa keselesaan dan kepastian hakiki itu ada pada hidup selepas aku menempuh kematian. Maka seeloknya aku menyibukkan diriku dengan memikirkan startegi untuk memenuhkan akaun akhiratku, untuk memiliki istana di akhirat, untuk mendapat jawatan tetap bersama Rasulullah SAW di hari kebangkitan nanti.

Entah, aku tidak pasti bagaimana boleh ku lalui esok hari. Setiap hari, ini yang kufikirkan. Hanya kepada Allah aku sandarkan rasa bimbang dan rasa tidak selamat ini.




BAB 2 : Ada Masanya, Kita Perlu Masuk Ke Dalam Gua

Ada masanya kita akan rasa kecewa dengan diri sendiri atas kelemahan, kekurangan, keburukan dan kejelekan sikap sendiri.

Rasa mahu mengurung diri dan mengunci bibir.


Rasa mahu menyendiri dan menjauhi dari semua.


Rasa mahu menyembunyi diri dalam gua.


Itulah sakitnya rasa penyesalan atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan.


Saat rasa begini menguasai, kita doa agar Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, agar menetapkan hati kita di dalam agama.


Wahai Tuhan, ampuni dosa kami.

BAB 2 : SAKITKAH AKU, ATAU MENGADA-NGADA?

Sama seperti kanak-kanak lain, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang menyaksikan saya aktif beraktiviti fizikal seperti bermain, bersukan dan beriadah. Memang tidak dinafikan, zaman kanak-kanak adalah antara fasa hidup yang mengujakan dan menggembirakan. Bermandi-manda di sungai, memanjat pokok, bermain kejar-kejar, berbasikal dan pelbagai jenis permainan budak kampung telah saya hadap.

Keadaan ini berubah ketika saya menginjak remaja sehinggalah meniti alam dewasa.
Mungkin faktor berat badan dan keadaan tubuh badan yang agak gempal ketika itu membataskan keinginan saya untuk berlasak-lasak dengan aktiviti fizikal.

Namun, isu kesihatan fizikal yang saya alami turut menjadi faktor saya menjauhi sebarang aktiviti lasak.

Ketika meniti awal 20an, iaitu ketika mula menapak setapak ke alam kerjaya, saya mula mengalami sakit-sakit yang disebabkan oleh isu kecederaan di bahagian bawah-belakang (low-back) saya.
Sakit-sakit di bahagian bawah belakang, betis dan kaki merupakan simtom terhadap isu slip-disc di tulang belakang dan kecederaan lama di bahagian pinggul kiri saya. 

Namun, saya mengambil masa untuk menyedari bahawa kesakitan yang saya alami itu adalah real dan ia merupakan simtom terhadap kecederaan di badan saya. Ironinya, saya sendiri memikirkan bahawa sakit-sakit yang saya alami itu adalah mainan perasaan dan disebabkan saya terlalu memanjakan diri, atau dalam istilah lain adalah mengada-ngada!

Salah satu sebab saya berasa bahawa saya terlalu memanjakan diri adalah kerana kesakitan di low-back saya itu pada asalnya dialami ketika saya mahu bangun tidur di waktu pagi. Disamping kesakitan itu, badan saya terasa begitu penat dan tentunya perasaan berat untuk bangun duduk dari pembaringan menguasai diri pada setiap pagi termasuklah lima hari bekerja. Mengapa di awal pagi saya sensasi sakit belakang ini hadir, fikir saya. Adakah ini hanya mainan perasaan? Dan perasaan ini menyebabkan saya sentiasa menyalahkan diri saya sendiri dan berasa sangat rendah diri kerana seringkali hadir lewat ke pejabat. Ini sungguh memalukan! Dan saya tenggelam dengan rasa malu, bersalah yang tidak berkesudahan terhadap isu sakit belakang saya dalam tempoh masa yang lama. 

Teringat lagi saya, ketika masih lagi fresh-graduate, saya mendapat pekerjaan sementara di Kuala Lumpur dan saya duduk menyewa bersama rakan-rakan di sebuah rumah flat dua bilik dan saya hanya tidur beralaskan comforter yang diberi oleh ibu saudara. Sehinggalah saya berpeluang membeli tilam spring yang tebal, kesakitan di belakang saya sedikit berkurangan. Maka, tahulah saya bahawa, badan saya tidak berupaya untuk berbaring di atas permukaan yang keras seperti lantai, tanpa di alas dengan tilam yang tebal yang mampu menyokong belakang badan saya yang mempunyai kecederaan lampau.

Saya mudah diserang sakit belakang sekiranya terlalu lama duduk, terlalu lama berdiri atau duduk atau berbaring di atas permukaan yang keras.

Kesakitan bawah belakang yang saya alami ketika itu sungguh memberi kesan kepada emosi saya. Saya berasa sungguh malu kerana saya risau dilihat mengada-ngada, tidak tahan sakit. 
Sehinggakan ketika bakal suami memaklumkan hasrat untuk memperisterikan saya, maka, saya maklumkan terus kondisi badan saya yang 'manja' dan selalu jatuh sakit untuk memastikan beliau benar-benar sudi menerima saya seadanya kerana saya bukanlah jenis wanita yang lasak atau tahan lasak fizikalnya. Saya tidak mahu bakal suami menyesal beristerikan seorang wanita yang lembik, fikir saya ketika itu.


BAB 1 : Artikel 10

....

BAB 1 : Artikel 9

BAB 1 : Artikel 8

....

BAB 1 : Artikel 7

....

BAB 1 : Artikel 6

....

BAB 1 : Artikel 5

....

BAB 5 : Artikel 10

...