Thursday, April 4, 2019

BAB 4 : Abah, Hero Jiwa Sang Puteri

Abah, seorang lelaki yang berperibadi strong-willed. Abah sangat pemberani dan saya kira saya adalah salah seorang daripada sembilan orang anaknya yang menyerap banyak aura abah dari segi kelantangan berkata-kata.
Sejak mula mengenali wajah abah, Abah, sentiasa hero di mata saya kerana sifat penyayang abah yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Walaupun susah, abah sentiasa berusaha untuk menuruti kemahuan saya walaupun dibebel emak. Itulah abah, yang sentiasa membuatkan saya teringat-ingat apabila saya berjauhan. Sehinggakan ketika saya masih belum berumahtangga, saya terfikir, adakah saya akan dimanjakan oleh suami seperti mana abah memanjakan saya?
Abah bukanlah jenis lelaki romantis lemah lembut yang membelai atau menunjukkan kasih sayang dengan kelembutan. Abah seorang lelaki ekspresif yang sensitif jiwanya, justeru, abah nampak mudah marah sekiranya emosinya tersentuh. Namun, abah seingat saya masih memeluk dan mencium saya sehingga saya darjah enam. Saya masih tidur di bawah ketiak abah sehinggalah saya darjah satu.

Ketika umur saya sebelas tahun, abah jatuh sakit, ketika itulah rupanya, kehidupan kami diuji hebat.
Ketika saat itu, saya tidak memahami akan kekusutan yang dialami.
Yang saya tahu hanyalah dunia seorang kanak-kanak di kampung yang telah terpilih untuk masuk di asrama. Saya tidak pernah melihat menunjukkan kebimbangan di hadapan saya atau adik-adik.
Abah, terlantar di tilam oleh kerana masalah paru-paru. Abah seorang perokok tegar waktu itu.
Emak begitu setia menjaga abah yang tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja.
Saya masih ingat, ketika hari Jumaat terakhir sebelum cuti panjang sekolah, saya menunggu abah di asrama, sehingga hari mulai gelap, abah tidak kunjung tiba.
Seorang rakan seasrama yang kebetulan rumahnya berdekatan dengan asrama telah menjemput saya untuk singgah di rumahnya kerana hari mulai gelap.

No comments:

Post a Comment

BAB 5 : Artikel 10

...