Kedaifan hidup di kampung menyebabkan beberapa kali abah
membawa kami anak-beranak berhijrah tempat tinggal demi menambahbaik kehidupan
kami. Seingat saya, dalam tempoh 13 tahun awal hidup saya, saya telah berpindah randah sebanyak 7 kali. Dalam tempoh 10 tahun umur saya, saya telah sekurang-kurangnya berpindah 2 atau 3 kali di rumah-rumah sekitar rumah tokwan di kampung. Manakala, kami telah berpindah sebanyak 4 kali lagi dalam tempoh 3 tahun berikutnya.
Mengapa kami berpindah randah? Seingat saya, adalah kerana ketidaktentuan taraf hidup ketika itu.
Hingga akhirnya, saya membeli rumah untuk didiami keluarga pada tahun 2004, inilah perpindahan terakhir yang dilakukan oleh kami sekeluarga.
Apabila saya fikirkan kembali, betapa cekalnya jiwa emak sebagai seorang
isteri dan ibu yang beranak ramai waktu itu menghadapi segala cabaran hidup
yang sangat susah dan payah. Tetapi, satu perkara tentang emak adalah, emak tidak pernah mengajar saya dan adik-adik
untuk berasa pathetic atau berperasaan seperti mangsa kepada keadaan hidup yang susah atau self-victim.
Inilah satu perkara yang saya kagum
tentang emak.
Emak tidak pernah merungut-rungut susah di depan saya dan
adik-adik.
Berbeza dengan abah yang lebih ekspresif, emak lebih reserved dari
segi meluahkan kebimbangan atau kesusahan.
Apa yang saya pelajari dari sikap emak terhadap kehidupan
adalah kesusahan atau kemiskinan hidup tidak akan pernah merendahkan nilai,
maruah diri dan intelek seseorang.
Emak adalah seorang wanita yang tidak terkebelakang dari
segi akademik.
Emak dahulu bersekolah di sekolah Inggeris. Keputusan MCE emak
juga agak memberangsangkan dan dikhabarkan kepada saya bahawa, pada zaman itu,
dengan keputusan MCE emak, emak boleh pergi jauh dalam melanjutkan pelajaran.
Namun, jodoh emak sampai awal, dan emak berkahwin dengan abah beberapa bulan
selepas mengambil MCE dan ditakdirkan hamil awal sejurus bernikah.
Emak
mengambil keputusan MCE dengan mengusung saya di dalam perutnya.
No comments:
Post a Comment